Bermain di mindaku, di karang oleh jejariku.

23.6.11

#3

Panas atau hujan mahupun mendung, aku cuma boleh tenang kan diri. Hari-hari yang mendatang, ia akan hanya datang dan pergi. Apa yang berlaku semalam, biarkan lah ia berlaku. Lari-lari anak, mengharapkan sesuatu akan datang. Tapi ia tak akan pernah wujud.

Tarik nafas dalam-dalam, hembus kan.

Berbisik kepada hati sendiri 'Tuhan sentiasa ada, kau je yang tak pernah ingat Tuhan.'

19.6.11

Impian Bintang

Si jejaka dan si suri sudah lama mengenali satu sama lain.

Seperti biasa, tatkala malam beralaskan rumput di tanah, mereka merebahkan badan mereka sambil merenung ke awan di langit. Melihat bintang yang berkilau-kilau.

"Kau nampak bintang itu?", tanya si jejaka. Si suri mengiyakan pertanyaan itu. Si jejaka bertanya lagi "kira-kira kau, berapa jauh bintang itu dengan kita di bawah ini?", si suri terdiam seketika lalu dengan suaranya yang kecil dia menjawab "aku tidak tahu". Dengan perasaan sedikit kecewa, lantas si jejaka berkata "itu saja yang mampu kau jawab?". Si suri mencelah "kemudian, apa lagi yang kau harapkan?"

Hati si jejaka bagaikan retak.

"Kau gembira?", si suri bertanya. Di kala angin menghembus si jejaka tersenyum dan menjawab "ya mesti lah, engkau?". Si suri memegang rapat tangan si jejaka lalu mengatakan "Aku mahu pulang."

Malam keesokannya, mereka bersama lagi di tempat yang sama dan merenungi bintang bersama.

"Agak-agak kau berapa besar bintang itu jika dilihat dengan dekat?" pertanyaan pertama yang keluar dari mulut si jejaka pada malam yang sunyi itu. Si suri hanya menjawab "tidak tahu", si jejaka cuba memujuk hatinya dengan berkata "besar bintang itu tidak terkata". Si suri menatap wajah si jejaka itu dan berkata "kenapa kau suka akan bintang?" dengan senyuman lebar si jejaka menjawab "bintang menyinar dengan gemilang di langit malam apabila matahari terbenam dan planet ini menjadi gelap. Bintang adalah kejadian tuhan yang menakjubkan."

Keesokannya,

"Ambillah" si jejaka memberi sekotak hadiah berbentuk hati kepada si suri. Si suri membuka dengan penuh kesabaran dilihatnya rantai perak berloketkan bintang. Disarung di lehernya yang putih kemerahan.

"Cantik bila kau memakainya", puji si jejaka. Pipi si suri menjadi kemerah-merahan. Di tambah lagi oleh si jejaka "bila aku tiada nanti, kau simpanlah rantai ini". Si suri berkata dengan sedikit tegas, "Kau tinggalkan aku suatu hari nanti!". Dengan nada yang lembut, si jejaka berkata "tidak mungkin, engkau yang akan tinggalkan aku."

Masa berlaku lekas.

"Aku dapat tawaran belajar di negara barat" si suri memberitahu si jejaka. Tetapi si jejaka hanya mampu mendiamkan diri dengan harapan apa yang diberitahunya bukanlah kenyataan, belum sempat dia berkata apa-apa si suri berkata "kau sambunglah impian kau untuk menjadi pemuzik atau barangkali pengkaji bintang?" sindir si suri.

Si jejaka mengeluh lalu berkata "aku mahu menjadi pemuzik, biar semua gegendang dapat dengar nyanyian aku". Hakikatnya, cita-cita si jejaka bukanlah menjadi penghibur muzik tetapi menjadi sang setia yang berteduh di sisi si suri sepanjang hayat.

Hari untuk si suri berlepas pergi sudah tiba.

Si jejaka memberikan sekeping kad berbentuk bintang kepada si suri. Si suri tertawa kecil.

"Kau tidak sudah-sudah dengan bintang engkau. Aku jemu! Aku bosan!" si suri berteriak. Si jejaka tergamam.

Lantas si jejaka berkata "kau tidak suka selama ini?" Tanpa rasa bersalah si suri menjawab "Ya, ambillah rantai ini, engkau boleh simpan. Aku tidak suka akan bintang. Bintang hanya muncul di malam hari dan menyinari hanya di beberapa sudut. Sama saja seperti engkau, engkau hanya ada dengan ku di malam hari. Aku tidak perlukan bintang seperti engkau lagi"

Biar pun gegendang si jejaka bagaikan kebas; tidak kedengaran apa kecuali memori lalu yang kembali berputar. Si jejaka terus melangkah dan berlalu pergi.

p/s : Diharapkan olehnya agar bintang dapat menemani si suri-nya, ternyata dia salah. Bintang hanya dapat menyinar di langit gelap, bukan di hati si suri.

dikarangolehsashamusli. Dikuasakan oleh Blogger.