Bermain di mindaku, di karang oleh jejariku.

10.10.11

Sun and skies

Hai matahari, apa khabar engkau hari ini. Adakah engkau akan menemani mereka semua dengan kehangatan engkau seperti biasa. Di manakah bulan? Bukan kah dia sahabat engkau. Apakah engkau dan bulan berbeda? Apakah aku dan engkau berbeda? Terima kasih matahari, kerana menerangi perjalanan aku setiap hari.

Oh bulan, di mana matahari? Baru sekejap tadi aku bertanyakan kepadanya. Kenapa engkau muncul. Kenapa semua nya sudah gelap. Adakah ini yang dikatakan malam? Bulan, mari lah berbicara kepadaku. Mengapa engkau hanya mendiamkan diri.

Yang berkelip-kelip di sana, apakah ia? Oh dia lah bintang. Hai bintang. Apa khabar kau di sana? Mengapa engkau keseorangan? Seperti aku. Engkau sangat jauh. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Ada yang mengatakan engkau sangat besar. Adakah ia benar?

Tanah yang ku pijak. Maafkan daku. Kerana menyiksa engkau dengan segala bebanan dosa ku. Mengaturi langkah ku setiap hari. Aku tidak mampu lagi. Biarkan aku sendiri.

Hijau yang menemani, biarkan aku sendiri.

Sendiri lagi, setiap hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

dikarangolehsashamusli. Dikuasakan oleh Blogger.